Allah SWT berkehendak untuk
menciptakan Nabi Adam. Allah SWT
berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan khalifah di bumi. " (QS.
al- Baqarah: 30)
Terdapat perbedaan pendapat
berkenaan dengan makna khilafah
(perihal menjadi khalifah) Nabi Adam.
Ada yang mengatakan, bahawa ia
sebagai khalifah dari kelompok
manusia yang pertama-tama datang
ke bumi di mana kelompok ini
membuat kerosakan dan
menumpahkan darah di dalamnya.
Ada yang mengatakan, bahawa ia
adalah khalifatullah, dengan
pengertian bahawa ia sebagai
khalifah (utusan Allah) dalam
melaksanakan perintah-perintah-Nya
dan hukum-hukum-Nya, kerana ia
adalah utusan Allah yang pertama.
Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah
s.a.w tentang Nabi Adam:
"Apakah ia
sebagai nabi yang diutus?"
Beliau
menjawab:
"Benar."
Beliau ditanya:
"Ia menjadi rasul bagi siapa?
Sementara di bumi tidak ada seorang
pun?"
Beliau menjawab:
"Ia menjadi
rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di tengah-
tengah para malaikat-Nya. Allah SWT
berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat:
'Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di
muka bumi'
Mereka berkata:
'Mengapa Engkau hendak
menjadikan khalifah di bumi itu
orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal Kami
senantiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan menyucikan
Engkau ?'
Tuhan berfirman:
'Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan dengan ayat tersebut,
para mufasir memberikan komentar
yang beragam. Dalam tafsir al-Manar
disebutkan:
"Sesungguhnya ayat-
ayat ini termasuk ayat-ayat
mutasyabihat yang tidak dapat
ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat
dari ketentuan dialog (at-Takhathub)
ia mengandung konsultasi dari Allah
SWT. Tentu yang demikian itu
mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia
juga mengandung pemberitahuan
dari-Nya kepada para malaikat yang
kemudian diikuti dengan
penentangan dan perdebatan dari
mereka. Hal seperti ini tidak layak
bagi Allah SWT dan bagi para
malaikat-Nya. Saya lebih setuju
untuk mengalihkan makna cerita
tersebut pada sesuatu yang lain."
Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li
Ahkamil Qur'an disebutkan:
"Sesungguhnya Allah telah
memberitahukan kepada para
malaikat-Nya, bahawa jika Dia
menjadikan ciptaan di muka bumi
maka mereka akan membuat
kerosakan dan menumpahkan
darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di
muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka bertanya:
"Apakah ini adalah
khalifah yang Engkau ceritakan
kepada kami bahawa mereka akan
membuat kerosakan di muka bumi
dan menumpahkan darah, ataukah
khalifah selainnya?"
Dalam tafsir Fi
Zhilalil Qur'an disebutkan:
"Sesungguhnya para malaikat
melalui fitrah mereka yang suci
yang tidak membayangkan kecuali
kebaikan dan kesucian, mereka
mengira bahawa tasbih dan
menguruskan Allah adalah puncak
dari segala wujud. Puncak ini
terwujud dengan adanya mereka,
sedangkan pertanyaan mereka
hanya menggambarkan kehairanan
mereka, bukan berasal dari
penentangan atau apa pun juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir
berijtihad untuk menyingkap hakikat,
lalu Allah SWT menyingkapkan
kedalaman dari Al-Quran pada
masing-masing dari mereka.
Kedalaman Al-Quran sangat
mengagumkan. Kisah tersebut
disampaikan dalam gaya dialog,
suatu gaya yang memiliki pengaruh
yang kuat. Tidakkah Anda melihat
bahawa Allah SWT berfirman:
"Kemudian Dia menuju langit dan
langit itu masih merupakan asap,
lalu Dia berkata kepadanya dan
kepada bumi: Datanglah kamu
keduanya menurut perintah-Ku
dengan suka hati atau terpaksa.'
Keduanya menjawab:
'Kami datang
dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat:
11)
Apakah seseorang membayangkan
bahawa Allah SWT berbicara dengan
langit dan bumi, dan bumi dan langit
pun menjawabnya sehingga terjadi
dialog ini di antara mereka?
Sesungguhnya Allah SWT
memerintahkan langit dan bumi
sehingga keduanya taat. Allah SWT
menggambarkan apa yang terjadi
dengan gaya dialog hanya untuk
meneguhkan dalam fikiran dan
menegaskan maknanya serta
penjelasannya. Penggunaan gaya
dramatis dalam kisah Nabi Adam
mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita membayangkan bahawa Allah
SWT ketika menetapkan penciptaan
Nabi Adam, Dia memberitahukan
kepada malaikat-Nya dengan tujuan
agar mereka bersujud kepadanya,
bukan dengan tujuan mengambil
pendapat mereka atau
bermusyawarah dengan mereka.
Maha Suci Allah SWT dari hal yang
demikian itu. Allah SWT
memberitahukan mereka bahawa
Dia akan menjadikan seorang hamba
di muka bumi, dan bahawa khalifah
ini akan mempunyai keturunan dan
cucu-cucu, di mana mereka akan
membuat kerosakan di muka bumi
dan menumpahkan darah di
dalamnya. Lalu para malaikat yang
suci mengalami kebingungan.
Bukankah mereka selalu bertasbih
kepada Allah dan mensucikan-Nya,
namun mengapa khalifah yang
terpilih itu bukan termasuk dari
mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan
apa hikmah Allah dalam masalah ini?
Kebingungan malaikat dan keinginan
mereka untuk mendapatkan
kemuliaan sebagai khalifah di muka
bumi, dan kehairanan mereka
tentang penghormatan Adam
dengannya, dan masih banyak
segudang pertanyaan yang tersimpan
dalam diri mereka. Namun Allah SWT
segera menepis keraguan mereka
dan kebingungan mereka, dan
membawa mereka menjadi yakin
dan berserah diri. Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang kamu tidak ketahui." (QS.
al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut menunjukkan keluasan
ilmu Allah SWT dan keterbatasan
ilmu para malaikat, yang kerananya
mereka dapat berserah diri dan
meyakini kebenaran kehendak Allah.
Kita tidak membayangkan terjadinya
dialog antara Allah SWT dan para
malaikat sebagai bentuk pengutusan
terhadap Allah dan penghormatan
terhadap para malaikat- Nya. Dan
kita meyakini bahawa dialog terjadi
dalam diri malaikat sendiri berkenaan
dengan keinginan mereka untuk
mengembang khilafah di muka bumi,
kemudian Allah SWT memberitahu
mereka bahawa tabiat mereka
bukan disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT
dan menyucikan-Nya adalah hal yang
sangat mulia di
alam wujud, namun
khilafah di muka bumi bukan hanya
dilakukan dengan hal itu. Ia
memerlukan karakter yang lain,
suatu karakter yang haus akan
pengetahuan dan lumrah baginya
kesalahan. Kebingungan atau
kehairanan ini, dialog yang terjadi
dalam jiwa para malaikat setelah
diberitahu tentang penciptaan Nabi
Adam, semua ini layak bagi para
malaikat dan tidak mengurangi
kedudukan mereka sedikit pun.
Sebab, meskipun kedekatan mereka
dengan Allah SWT dan penyembahan
mereka terhadap-Nya serta
penghormatan-Nya kepada mereka,
semua itu tidak menghilangkan
kedudukan mereka sebagai hamba
Allah SWT di mana mereka tidak
mengetahui ilmu Allah SWT dan
hikmah-Nya yang tersembunyi, serta
alam ghaibnya yang samar. Mereka
tidak mengetahui hikmah-Nya yang
tinggi dan sebab-sebab
perwujudannya pada sesuatu.
Setelah beberapa saat para malaikat
akan memahami bahawa Nabi Adam
adalah ciptaan baru, di mana dia
berbeza dengan mereka yang hanya
bertasbih dan menyucikan Allah, dan
dia pun berbeza dengan haiwan-
haiwan bumi dan makhluk-makhluk
yang ada di dalamnya yang hanya
menumpahkan darah dan membuat
kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam
akan menjadi ciptaan baru dan
keberadaannya disertai dengan
hikmah yang tinggi yang tidak ada
seorang pun mengetahuinya kecuali
Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia kecuali untuk menyembah
kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas membaca ayat tersebut:
"Liya'rifuun"
(agar mereka mengenal
Aku). Pengetahuan merupakan
tujuan dari penciptaan manusia. Dan
barangkali pendekatan yang terbaik
berkenaan dengan tafsir ayat
tersebut adalah apa yang
disampaikan oleh Syekh Muhammad
Abduh:
"Dialog yang terdapat dalam
ayat tersebut adalah urusan Allah
SWT dengan para malaikat-Nya di
mana Dia menggambarkan kepada
kita dalam kisah ini dengan ucapan,
pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak
mengetahui hakikat hal tersebut.
Tetapi kita mengetahui bahawa
dialog tersebut tidak terjadi
sebagaimana lazimnya yang
dilakukan oleh sesama kita,
manusia."
Para malaikat mengetahui bahawa
Allah SWT akan menciptakan khalifah
di muka bumi. Allah SWT
menyampaikan perintah-Nya kepada
mereka secara terperinci. Dia
memberitahukan bahawa Dia akan
menciptakan manusia dari tanah.
Maka ketika Dia
menyempurnakannya dan
meniupkan roh di dalamnya, para
malaikat harus bersujud kepadanya.
Yang harus difahami bahawa
sujud tersebut adalah sujud
penghormatan, bukan sujud ibadah,
kerana sujud ibadah hanya
diperuntukkan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat:
'Sesungguhnya Aku akan
menciptakan manusia dari tanah.'
Maka apabila telah Kusempurnakan
kejadiannya dan Kutiupkan
kepadanya roh (ciptaan)Ku;
hendaklah kamu bersyukur dengan
bersujud kepadanya.
' Lalu seluruh
malikat itu bersujud semuanya,
kecuali Iblis. Dia menyombongkan
diri dan dia termasuk orang-orang
yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT mengumpulkan
segenggam tanah dari bumi; di
dalamnya terdapat yang berwarna
putih, hitam, kuning, coklat dan
merah. Oleh kerana itu, manusia
memiliki beragam warna kulit. Allah
SWT
mencampur tanah dengan air
sehingga menjadi tanah liat kering
yang berasal dari lumpur hitam
yang diberi bentuk
.
Dari tanah inilah Allah menciptakan
Nabi Adam. Allah SWT
menyempurnakannya dengan
kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-
Nya di dalamnya, kemudian
bergeraklah tubuh Nabi Adam dan
tanda kehidupan mulai ada di
dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam membuka
kedua matanya dan ia melihat para
malaikat semuanya bersujud
kepadanya, kecuali satu makhluk
yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak
tahu siapakah makhluk yang tidak
mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal
namanya. Iblis berdiri bersama para
malaikat tetapi ia bukan berasal dari
golongan mereka. Iblis berasal dari
kelompok jin. Allah SWT
menceritakan kisah penolakan Iblis
untuk sujud kepada Nabi Adam pada
beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa
yang menghalangi kamu sujud
kepada yang telah Ku-ciptakan
dengan kedua tangan-Ku. Apakah
kamu menyombongkan diri ataukah
kamu merasa termasuk orang-
orang yang lebih tinggi? '
Iblis
berkata: 'Aku lebih baik
daripadanya, kerana Engkau
ciptakan aku dari api, sedangkan dia
Engkau ciptakan dari tanah.'
Allah
berfirman: 'Maka keluarlah kamu
dari syurga; sesungguhnya kamu
adalah orang yang terkutuk.
Sesungguhnya kutukan-Ku tetap
atasmu sampai hari pembalasan.'
Iblis berkata: 'Ya Tuhanku,
bertangguhlah aku sampai hari
mereka dibangkitkan.'
Allah
berfirman: 'Sesungguhnya kamu
termasuk orang-orang yang diberi
tangguh, sampai kepada hari yang
telah ditentukan waktunya (hari
kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi
kekuasaan-Mu, aku akan
menyesatkan mereka semua,
kecuali hamba-hamba-Mu yang
mukhlis di antara mereka.'" (QS.
Shad: 75-83)
Nabi Adam mengikuti peristiwa yang
terjadi di depannya. Ia merasakan
suasana cinta, rasa takut, dan
kebingungan. Nabi Adam sangat cinta
kepada Allah SWT yang telah
menciptakannya dan memuliakannya
dengan memerintahkan para
malaikat-Nya untuk sujud
kepadanya. Adam juga merasa takut
saat melihat Allah SWT marah
terhadap iblis dan mengusirnya dari
pintu rahmat-Nya. Ia merasakan
kebingungan ketika melihat makhluk
ini yang membencinya, padahal ia
belum mengenalnya. Makhluk itu
membayangkan bahawa ia lebih baik
dari Nabi Adam, padahal tidak ada
bukti yang menunjukkan bahawa
salah satu dari mereka lebih baik
dibandingkan dengan yang lain.
Kemudian alangkah anehnya alasan
iblis. Ia membayangkan bahawa api
lebih baik dari tanah. Dari mana ia
mendapatkan ilmu ini? Seharusnya
ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana
Dialah yang menciptakan api dan
tanah dan mengetahui mana di
antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog tersebut, Nabi Adam
mengetahui bahawa iblis adalah
makhluk yang memakai atribut
keburukan dan sifat yang tercela. Ia
meminta kepada Allah SWT agar
mengekalkannya sampai hari
kebangkitan. Iblis tidak ingin mati.
Namun Allah SWT mengetahui
bahawa ia akan tetap hidup sampai
hari yang ditentukan. Ia akan hidup
sampai menjemput ajalnya dan
kemudian mati. Nabi Adam
mengetahui bahawa Allah SWT telah
melaknat iblis dan telah mengusirnya
dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi
Adam mengetahui musuh abadinya.
Nabi Adam bingung dengan
kenekatan musuhnya dan kasih
sayang Allah SWT.
Barangkali ada seseorang yang
bertanya kepada saya: "Mengapa
Anda tidak meyakini terjadi dialog
antara Allah SWT dan para malaikat-
Nya dan Anda cenderung
menakwilkan ayat-ayat tersebut,
sedangkan Anda menerima adanya
dialog antara Allah dan iblis." Saya
jawab: "Sesungguhnya akal
menunjukkan kita kepada
kesimpulan tersebut. Terjadinya
dialog antara Allah SWT dan para
malaikat-Nya adalah hal yang
mustahil kerana para malaikat suci
dari kesalahan dan dosa dan
keinginan-keinginan manusiawi yang
selalu mencari ilmu. Sesuai dengan
karakter penciptaan mereka, mereka
adalah pasukan yang setia dan mulia.
Adapun iblis ia terikat dan tunduk
terhadap ketentuan agama, dan
karakternya sebagai jin mendekati
karakter jenis ciptaan Nabi Adam.
Dengan kata lain, bahawa jin dapat
beriman dan dapat juga menjadi
kafir. Sesungguhnya kecenderungan
agama mereka dapat saja tidak
berfungsi ketika mereka tertipu oleh
kesombongan yang palsu sehingga
mereka mempunyai gambaran yang
salah. Maka dari sisi inilah terjadi
dialog. Dialog di sini bererti
kebebasan. Tabiat manusia dan jin
cenderung untuk menggunakan
kebebasannya, sedangkan tabiat
para malaikat tidak dapat
menggunakan kebebasan. Nabi
Adam menyaksikan secara langsung
- setelah penciptaannya - kadar
kebebasan yang Allah SWT berikan
kepada makhluk-Nya yang terkena
tanggungjawab. Terjadinya pelajaran
ini di depan Nabi Adam mengandung
maksud yang dalam.
Allah SWT tidak pernah mencabut
kebebasan yang diberikan-Nya
kepada iblis. Namun pada akhirnya,
iblis tetap sebagai hamba yang kafir.
Iblis benar-benar menolak untuk
sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT
mengetahui bahawa ia akan
menolak untuk sujud kepada Nabi
Adam dan akan menentang-Nya. Bisa
saja Allah SWT menghancurkannya
atau mengubahnya menjadi tanah
namun Allah memberikan kebebasan
kepada makhluk-makhluk-Nya yang
dibebani tanggung jawab. Dia
memberikan kepada mereka
kebebasan mutlak sehingga mereka
bisa saja menolak perintah-Nya.
Tetapi yang perlu diperhatikan
bahawa keingkaran orang-orang kafir
dan orang-orang yang bermaksiat
kepada- Nya tidak bererti
mengurangi kebesaran kerajaan-Nya
dan sebaliknya, keimanan orang-
orang mukmin dan kepatuhan orang-
orang yang taat tidak bererti
menambah kebesaran kekuasaan-
Nya. Semua itu kembali kepada
mereka.
Adam menyedari bahawa kebebasan
di alam wujud adalah merupakan
kurniaan yang Allah SWT berikan
kepada makhluk-Nya. Allah SWT
memberikan balasan yang setimpal
atas penggunaan kebebasan itu.
Setelah mempelajari pelajaran
kebebasan, Nabi Adam mempelajari
pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu
ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa
iblis adalah simbol kejahatan di alam
wujud. Sebagaimana ia mengetahui
bahawa para malaikat adalah simbol
kebaikan, sementara ia belum
mengenal dirinya saat itu. Kemudian
Allah SWT memberitahukan
kepadanya tentang hakikatnya,
hikmah penciptaannya, dan rahsia
penghormatannya. Allah SWT
berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada
Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)
Allah SWT memberinya rahsia
kemampuan untuk meringkas
sesuatu dalam simbol-simbol dan
nama-nama. Allah SWT mengajarinya
untuk menamakan benda-benda: ini
burung, ini bintang, ini pohon, ini
awan, dan seterusnya. Nabi Adam
mempelajari semua nama-nama
tersebut. Yang di maksud dengan
nama-nama di sini adalah ilmu dan
pengetahuan. Allah SWT
menanamkan pengetahuan yang luas
dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan
yang terus mendorongnya untuk
mengetahui sesuatu. Hasrat untuk
menggali ilmu dan belajar juga
diwariskan kepada anak- anaknya
Nabi Adam. Inilah tujuan dari
penciptaan Nabi Adam dan inilah
rahsia di balik penghormatan para
malaikat kepadanya. Setelah Nabi
Adam mempelajari nama benda-
benda; kekhususannya dan
kemanfaatannya, Allah SWT
menunjukkan benda-benda tersebut
atas para malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu memang
orang-orang yang benar. " (QS. al-
Baqarah: 31)
Yang dimaksud adalah kebenaran
mereka untuk menginginkan khilafah.
Para malaikat memperhatikan
sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah
SWT kepada mereka, namun mereka
tidak mengenali nama-namanya.
Mereka mengakui di hadapan Allah
SWT tentang kelemahan mereka
untuk menamai benda-benda
tersebut atau memakai simbol-simbol
untuk mengungkapkannya. Para
malaikat berkata sebagai bentuk
pengakuan terhadap
ketidakmampuan mereka:
"Maha Suci Engkau." (QS. al-
Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan
mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang kami ketahui selain
dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada Kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana." (QS. al-
Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan
semua ilmu kepada Allah SWT. Allah
SWT berkata kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada
mereka nama-nama benda
ini." (QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian Nabi Adam memberitahu
mereka setiap benda yang Allah SWT
tunjukkan kepada mereka dan
mereka tidak mengenali nama-
namanya:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam
nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para
malaikat itu lalu berfirman:
'Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu memang
orang-orang yang benar.' Mereka
menjawab:
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang
kami ketahui selain dari apa yang
telah Engkau ajarkan kepada Kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai
Adam, beritahukanlah kepada
mereka nama-nama benda ini.'
Maka setelah diberitahukannya
kepada mereka nama benda-benda
itu, Allah berfirman: 'Bukankah
sudah Kukatakan kepadamu,
bahawa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi
dan mengetahui apa yang kamu
nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah:
31-33)
Allah SWT ingin berkata kepada para
malaikat, bahawa Dia mengetahui
kehairanan yang mereka tunjukkan,
ketika Dia memberitahu mereka
tentang penciptaan Nabi Adam
sebagaimana Dia mengetahui
kebingungan yang mereka
sembunyikan dan sebagaimana juga
Dia mengetahui kemaksiatan dan
pengingkaran yang disembunyikan
oleh iblis.
Para malaikat menyedari bahawa
Nabi Adam adalah makhluk yang
mengetahui sesuatu yang tidak
mereka ketahui. Ini adalah hal yang
sangat mulia. Dan para malaikat
mengetahui, mengapa Allah
memerintahkan mereka untuk
bersujud kepadanya sebagaimana
mereka memahami rahsia
penciptaannya sebagai khalifah di
muka bumi, di mana ia akan
menguasainya dan memimpin di
dalamnya dengan ilmu dan
pengetahuan. Yaitu, pengetahuan
terhadap Sang Pencipta yang
kemudian dinamakan dengan Islam
atau iman. Para malaikat pun
mengetahui sebab-sebab
kemakmuran bumi dan
pengubahannya dan penguasaannya,
serta semua hal yang berkenaan
dengan ilmu-ilmu mated di muka
bumi.
Adalah hal yang maklum bahawa
kesempurnaan manusia tidak akan
terwujud kecuali dengan pencapaian
ilmu yang dengannya manusia dapat
mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-
ilmu yang berkenaan dengan alam.
Jika manusia berhasil di satu sisi,
namun gagal di sisi yang lain maka ia
laksana burung yang terbang dengan
sayap satu di mana setiap kali ia
terbang sayap yang lain
mencegahnya.
Nabi Adam mengetahui semua
nama-nama dan terkadang ia
berbicara bersama para malaikat,
namun para malaikat disibukkan
dengan ibadah kepada Allah SWT.
Oleh kerana itu, Adam merasa
kesepian. Kemudian Adam tidur dan
tatkala ia bangun ia mendapati
seorang perempuan yang memiliki
mata yang indah, dan tampak penuh
dengan kasih sayang. Kemudian
terjadilah dialog di antara mereka:
Adam berkata:
"Mengapa kamu
berada di sini sebelum saya tidur."
Perempuan itu menjawab: "Ya."
Adam berkata: "Kalau begitu, kamu
datang di tengah-tengah tidurku?" Ia
menjawab: 'Ya." Adam bertanya:
"Dari mana kamu datang?" Ia
menjawab: "Aku datang dari dirimu.
Allah SWT menciptakan aku darimu
saat kamu tidur." Adam bertanya:
"Mengapa Allah menciptakan kamu?"
Ia menjawab: "Agar engkau merasa
tenteram denganku." Adam berkata:
"Segala puji bagi Allah. Aku memang
merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya kepada
Adam tentang namanya. Nabi Adam
menjawab: "Namanya Hawa."
Mereka bertanya: "Mengapa engkau
menamakannya Hawa, wahai
Adam?" Adam berkata: "kerana ia
diciptakan dariku saat aku dalam
keadaan hidup."
Nabi Adam adalah makhluk yang
suka kepada pengetahuan. Ia
membagi pengetahuannya kepada
Hawa, di mana ia menceritakan apa
yang diketahuinya kepada
pasangannya itu, sehingga Hawa
mencintainya. Allah SWT berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam,
tinggallah kamu dan isterimu di
syurga ini, dan makanlah makanan-
makanannya yang banyak lagi baik
di mana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini,
yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim.'" (QS. al-
Baqarah: 35)
Kita tidak mengetahui tempat syurga
ini. Al-Quran tidak membicarakan
tempatnya, dan para mufasir berbeza
pendapat tentang hal itu. Sebahagian
mereka berkata:
"Itu adalah syurga
yang bakal dihuni oleh manusia
(jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di
langit."
Namun sebahagian lagi
menolak pendapat tersebut. Sebab
jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka
iblis tidak dapat memasukinya dan
tidak akan terjadi kemaksiatan di
dalamnya. Sebahagian lagi
mengatakan:
"Ia adalah syurga yang
lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi
Adam dan Hawa." Bahkan ada juga
yang berpendapat bahawa ia adalah
syurga (taman) dari taman-taman
bumi yang terletak di tempat yang
tinggi. Dan sekelompok mufasir yang
lain menganjurkan agar kita
menerima ayat tersebut apa adanya
dan menghentikan usaha untuk
mencari hakikatnya. Kami sendiri
sependapat dengan hal ini.
Sesungguhnya pelajaran yang dapat
kita ambil berkenaan dengan
penentuan tempatnya tidak sedikit
pun menyamai pelajaran yang dapat
kita ambil dari apa yang terjadi di
dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki
syurga dan di sana mereka berdua
merasakan kenikmatan manusiawi
semuanya. Di sana mereka juga
mengalami pengalaman-pengalaman
yang berharga. Kehidupan Nabi Adam
dan Hawa di syurga dipenuhi dengan
kebebasan yang tak terbatas. Dan
Nabi Adam mengetahui makna
kebahagiaan yang ia rasakan pada
saat ia berada di syurga bersama
Hawa. Ia tidak lagi mengalami
kesepian. Ia banyak menjalin
komunikasi dengan Hawa. Mereka
menikmati nyanyian makhluk, tasbih
sungai-sungai, dan muzik alam
sebelum ia mengenal bahawa alam
akan disertai dengan penderitaan dan
kesedihan. Allah SWT telah
mengizinkan bagi mereka untuk
mendekati segala sesuatu dan
menikmati segala sesuatu selain satu
pohon, yang barangkali ia adalah
pohon penderitaan atau pohon
pengetahuan. Allah SWT berkata
kepada mereka sebelum memasuki
syurga:
"Dan janganlah kamu dekati pohon
ini, yang menyebabkan kamu
termasuk orang-orang yang
zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan Hawa mengerti
bahawa mereka dilarang untuk
memakan sesuatu dari pohon ini,
namun Nabi Adam adalah manusia
biasa, dan sebagai manusia ia lupa
dan hatinya berbolak-balik serta
tekadnya melemah. Maka iblis
memanfaatkan kemanusiaan Nabi
Adam dan mengumpulkan segala
kedengkiannya yang disembunyikan
dalam dadanya. Iblis terus berusaha
membangkitkan waswas dalam diri
Nabi Adam.
Apakah aku akan menunjukkan
kepadamu pohon keabadian dan
kekuasaan yang tidak akan sirna?
Nabi Adam bertanya-tanya dalam
dirinya. Apa yang akan terjadi
seandainya ia memakan buah
tersebut, barangkali itu benar-benar
pohon keabadian. Nabi Adam
memang memimpikan untuk kekal
dalam kenikmatan dan kebebasan
yang dirasakannya dalam syurga.
Berlalulah waktu di mana Nabi Adam
dan Hawa sibuk memikirkan pohon
itu. Kemudian pada suatu hari
mereka menetapkan untuk
memakan pohon itu. Mereka lupa
bahawa Allah SWT telah
mengingatkan mereka agar tidak
mendekatinya. Mereka lupa bahawa
iblis adalah musuh mereka sejak
dahulu. Nabi Adam menghulurkan
tangannya ke pohon itu dan memetik
salah satu buahnya dan kemudian
memberikannya kepada Hawa.
Akhirnya mereka berdua memakan
buah terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada
Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha:
121)
Tidak benar apa yang disebutkan
oleh kitab-kitab kaum Yahudi
bahawa Hawa menggoda Nabi Adam
yang kerananya ia
bertanggungjawab terhadap
pemakanan buah itu. Nas Al-Quran
tidak menyebut Hawa, namun ia
menyebut Nabi Adam sebagai orang
yang bertanggungjawab atas apa
yang terjadi. Demikianlah setan
disalahkan dan Nabi Adam juga
disalahkan kerana kesombongan.
Salah seorang dari mereka menghina
manusia, dan yang lain ingin menjadi
tandingan bagi Allah SWT dalam hal
kekekalan.
Belum selesai Nabi Adam memakan
buah tersebut sehingga ia merasakan
penderitaan, kesedihan, dan rasa
malu. Berubahlah keadaan di
sekitarya dan berhentilah muzik
indah yang memancar dari dalam
dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak
berpakaian, demikian juga isterinya.
Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia
seorang lelaki dan bahawa isterinya
seorang wanita. Ia dan isterinya
mulai memetik daun-daun pohon
untuk menutup tubuh mereka yang
terbuka. Kemudian Allah SWT
mengeluarkan perintah agar mereka
turun dari syurga.
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi.
Mereka keluar dari syurga. Nabi
Adam dalam keadaan sedih
sementara Hawa tidak henti-hentinya
menangis. kerana ketulusan taubat
mereka, akhirnya Allah SWT
menerima taubat mereka dan Allah
SWT memberitahukan kepada
mereka bahawa bumi adalah tempat
mereka yang asli, di mana mereka
akan hidup di dalamnya, mati di
atasnya, dan akan dibangkitkan
darinya pada hari kebangkitan. Allah
SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi
itu kamu mati, dan dari bumi itu
(pula) kamu akan dibangkitkan.
" (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah SWT menceritakan
kisah tentang pelajaran ketiga yang
diperoleh Nabi Adam selama
keberadaannya di syurga dan setelah
keluarnya ia darinya dan turunnya ia
ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya telah Kami
perintahkan kepada Adam dahulu,
maka ia lupa (akan perintah itu),
dan tidak Kami dapati padanya
kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah)
ketika Kami berkata kepada
malaikat: 'Sujudlah kamu kepada
Adam,' maka mereka sujud kecuali
Iblis. la membangkang. Maka Kami
berkata:
"Hai Adam, sesungguhnya
ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan
bagi isterimu, maka sekali-kali
janganlah sampai ia mengeluarkan
kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi
celaka. Sesungguhnya kamu tidak
akan kelaparan di dalamnya dan
tidak akan telanjang, dan
sesungguhnya kamu tidak akan
merasa dahaga dan tidak pula akan
di timpa panas matahari di
dalamnya.' Kemudian setan
membisikkan fikiran jahat
kepadanya, dengan berkata: 'Hai
Adam, mahukah saya tunjukkan
kepada kamu pohon khuldi dan
kerajaan yang tidak akan binasa ?'
Maka keduanya memakan dari buah
pohon itu, lalu tampaklah bagi
keduanya aurat-auratnya dan
mulailah keduanya menutupinya
dengan daun-daun (yang ada di)
syurga, dan derhakalah Adam dan
sesatlah ia. Kemudian Tuhannya
memilihnya maka Dia menerima
taubatnya dan memberinya
petunjuk. Allah berfirman:
'Turunlah kamu berdua dari syurga
bersama-sama, sebahagian kamu
menjadi musuh bagi sebahagian
yang lain. Maka jika datang
kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu
barang siapa yang mengikuti
petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat
dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha:
115-123)
Sebahagian orang menganggap
bahawa Nabi Adam keluar dari
syurga kerana kesalahannya dan
kemaksiatannya. Ini adalah
anggapan yang tidak benar kerana
Allah SWT berkehendak menciptakan
Nabi Adam di mana Dia berkata
kepada malaikat:
"Sesungguhnya aku
akan menjadikan seorang khalifah di
muka bumi.
" Dan Dia tidak
mengatakan kepada mereka:
"Sesungguhnya aku akan menjadikan
khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke
bumi sebagai penurunan penghinaan
tetapi ia merupakan penurunan
kemuliaan sebagaimana dikatakan
oleh kaum sufi. Allah SWT
mengetahui bahawa Nabi Adam dan
Hawa akan memakan buah itu, dan
selanjutnya mereka akan turun ke
bumi. Allah SWT juga mengetahui
bahawa setan akan merampas
kebebasan mereka. Pengalaman
merupakan dasar penting dari proses
menjadi khalifah di muka bumi agar
Nabi Adam dan Hawa mengetahui -
begitu juga keturunan mereka -
bahawa setan telah mengusir kedua
orang tua mereka dari syurga, dan
bahawa jalan menuju syurga dapat
dilewati dengan ketaatan kepada
Allah SWT dan permusuhan pada
setan.
Apakah dikatakan kepada kita
bahawa manusia adalah makhluk
yang terpaksa, dan bahawa Nabi
Adam terpaksa atau dipaksa untuk
berbuat kesalahan sehingga ia keluar
dari syurga dan kemudian turun ke
bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak
kalah bodohnya dari anggapan
pertama. Sebab, Nabi Adam
merasakan kebebasan sepenuhnya,
yang kerananya ia mengembang
tanggung jawab dari perbuatannya.
Ia derhaka dan memakan buah
tersebut sehingga Allah SWT
mengeluarkannya dari syurga.
Maksiat yang dilakukannya tidak
berlawanan dengan kebebasannya,
bahkan keberadaannya yang asli
bersandar kepada kebebasannya.
Alhasil, Allah SWT mengetahui apa
yang bakal terjadi. Dia mengetahui
sesuatu sebelum terjadinya sesuatu
itu. Pengetahuan-Nya itu bererti
cahaya yang menyingkap, bukan
kekuatan yang memaksa. Dengan
kata lain, Allah SWT mengetahui apa
yang akan terjadi, tetapi Dia tidak
mencegahnya atau mendorongnya
agar terjadi. Allah SWT memberikan
kebebasan kepada hamba-hamba-
Nya dan semua makhluk-Nya. Yang
demikian itu berkenaan dengan
hikmah-Nya yang tinggi dalam
memakmurkan bumi dan
mengangkat khalifah di dalamnya.
Nabi Adam memahami pelajaran
ketiga. Ia memahami bahawa iblis
adalah musuhnya. Secara pasti ia
mengerti bahawa iblis adalah
penyebab ia kehilangan nikmat dan
penyebab kehancurannya. Ia
mengerti bahawa Allah SWT akan
menyeksa seseorang jika ia berbuat
maksiat, dan bahawa jalan menuju
ke syurga dapat dilewati dengan
ketaatan kepada Allah SWT. Ia
memahami bahawa Allah SWT
menerima taubat, memaafkan,
menyayangi, dan memilih. Allah SWT
mengajari mereka agar beristighfar
dan mengucapkan:
"Ya Tuhan kami, kami telah
menganiaya diri kami sendiri, dan
jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami,
nescayalah pastilah kami termasuk
orang-orang yang merugi." (QS. al-
A'raf: 23)
Allah SWT menerima taubatnya dan
memaafkannya serta mengirimnya
ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul
pertama bagi manusia. Mulailah
kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia
keluar dari syurga dan berhijrah ke
bumi, dan kemudian ia
menganjurkan hal tersebut (hijrah)
kepada anak-anaknya dan cucu-
cucunya dari kalangan nabi. Sehingga
setiap nabi memulai dakwahnya dan
menyuruh kaumnya dengan cara
keluar dari negerinya atau berhijrah.
Di sana Nabi Adam keluar dari syurga
sebelum kenabiannya, sedangkan di
sini (di bumi) para nabi biasanya
keluar (hijrah) setelah pengangkatan
kenabian mereka.
Nabi Adam mengetahui bahawa ia
meninggalkan kedamaian ketika
keluar dari syurga. Di bumi ia harus
menghadapi penderitaan dan
pergelutan, di mana ia harus
menanggung kesulitan agar dapat
makan, dan ia harus melindungi
dirinya dengan pakaian dan senjata,
serta melindungi isterinya dan anak-
anaknya dari serangan binatang buas
yang hidup di bumi. Sebelum semua
itu dan sesudahnya, ia harus
meneruskan pertempurannya dengan
pangkal kejahatan yang
menyebabkannya keluar dari syurga,
yaitu syaitan. Di bumi, syaitan
membuat waswas kepadanya dan
kepada anak-anaknya sehingga
mereka masuk dalam neraka Jahim.
Pertempuran antara pasukan
kebaikan dan pasukan kejahatan di
bumi tidak akan pernah berhenti.
Maka barang siapa yang mengikuti
petunjuk Allah SWT, ia tidak akan
merasakan ketakutan dan kesedihan,
dan barang siapa yang bermaksiat
kepada Allah SWT dan mengikuti
makhluk api, iblis, maka ia akan
bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia
menyedari bahawa penderitaan akan
menyertai kehidupannya di atas
bumi. Satu-satunya yang dapat
meringankan kesedihannya adalah,
bahawa ia menjadi penguasa di
bumi, yang kerananya ia harus
menundukkannya,
memakmurkannya, dan
membangunnya serta melahirkan
keturunan yang baik di dalamnya,
sehingga mereka dapat mengubah
kehidupan dan membuatnya lebih
baik. Hawa melahirkan dalam satu
perut seorang lelaki dan seorang
perempuan, dan pada perut
berikutnya seorang lelaki dan
seorang perempuan, maka dihalalkan
perkahwinan antara anak lelaki dari
perut pertama dengan anak
perempuan dari perut kedua.
Akhirnya, anak-anak Nabi Adam
menjadi besar dan menikah serta
memenuhi bumi dengan
keturunannya.
Nabi Adam mengajak mereka untuk
menyembah Allah SWT. Nabi Adam
menyaksikan kecenderungan
pertama dari anaknya terhadap
pangkal kejahatan, yaitu iblis
sehingga terjadilah kejahatan
pembunuhan yang pertama kali di
muka bumi. Salah seorang anak Nabi
Adam membunuh saudara
kandungnya sendiri. Anak yang jahat
itu membunuh saudaranya yang baik.
Allah berfirman:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah
kedua putera Adam (Habil dan
Qabil) menurut yang sebenarnya,
ketika keduanya
mempersembahkan korban, maka
di terimalah dari salah seorang dari
mereka berdua (Habil) dan tidak
diterima dari yang lain (Qabil). (QS.
al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa pembunuh ingin
merebut isteri saudara kandungannya
untuk dirinya sendiri. Nabi Adam
memerintahkan mereka berdua
untuk menghadirkan korban lalu
setiap dari mereka menghadirkan
korban yang dimaksud. Allah SWT
menerima korban dari salah satu dari
mereka dan menolak korban yang
lain:
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti
membunuhmu.' Berkata Habil:
'Sesungguhnya Allah hanya
menerima (korban) dari orang-
orang yang bertakwa. Sungguh
kalau kamu menggerakkan
tanganmu kepadaku untuk
membunuhku, aku sekali-kali tidak
akan menggerakkan tanganku
untuk membunuhmu. Sesungguhnya
aku takut kepada Allah, Tuhan
sekalian alam. (QS. al-Maidah:
27-28)
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT
menyampaikan kepada kita kalimat-
kalimat yang diucapkan oleh anak
Nabi Adam yang terbunuh sebagai
syahid, dan ia menyembunyikan
kalimat-kalimat yang diucapkan oleh
si pembunuh. Si pembunuh
mengangkat tangannya sambil
mengancam, namun calon korban
pembunuhan itu berkata dengan
tenang:
Sesungguhnya aku ingin agar kamu
kembali dengan membawa dosa
membunuhku dan dosamu sendiri,
maka kamu akan menjadi penghuni
neraka, dan yang demikian itulah
pembalasan bagi orang- orang yang
lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah percakapan antara mereka
berdua dan anak yang jahat itu
membiarkan anak yang baik
beberapa saat. Setelah beberapa hari,
saudara yang baik itu tidur di tengah-
tengah hutan yang penuh dengan
pohon. Di hutan itu, keledai tua mati
dan dagingnya dimakan oleh burung
Nasar dan darahnya ditelan oleh
bumi. Yang tersisa hanya tulang
belulang berserakan di tanah.
Kemudian saudaranya yang jahat
membawanya menuju saudara
kandungnya yang sedang tidur, lalu
ia mengangkat tangannya dan
menjatuhkan dengan keras dan
cepat. Anak laki-laki baik itu tampak
pucat wajahnya ketika melihat darah
mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia
bermimpi saat tidur. Lalu si
pembunuh menghantam saudaranya
sehingga tidak tampak lagi gerakan
dari tubuhnya. Si pembunuh puas
bahawa saudara kandungnya benar-
benar mati. Pembunuh itu berdiri di
depan korban dengan tenang dan
tampak pucat wajahnya.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap
orang yang membunuh jiwa yang
tak berdosa maka anak Adam yang
pertama akan juga menanggung
dosanya kerana ia yang pertama kali
mengajarkan pembunuhan." Si
pembunuh terduduk di depan
saudaranya dalam keadaan
berlumuran darah. Apa yang akan
dikatakannya terhadap Nabi Adam,
ayahnya, jika ia bertanya kepadanya
tentang hal itu. Nabi Adam
mengetahui bahawa mereka berdua
keluar bersama-sama lalu mengapa
ia kembali sendinan. Seandainya ia
mengingkari pembunuhan terhadap
saudaranya itu di depan ayahnya,
maka di manakah ia dapat
menyembunyikan jasadnya, dan di
mana ia dapat membuangnya?
Saudaranya yang terbunuh itu
merupakan manusia yang pertama
kali mad di muka bumi sehingga
tidak diketahui bagaimana cara
menguburkan orang yang mati.
Pembunuh itu membawa jasad
saudara kandungnya dan
memikulnya. Tiba-tiba keheningan itu
dipecah dengan suara burung yang
berteriak sehingga ia merasa
ketakutan. Pembunuh itu menoleh
dan menemukan seekor burung
gagak yang berteriak di atas bangkai
burung gagak yang mati. Burung
gagak yang hidup meletakkan
bangkai burung gagak yang mad di
atas tanah lalu ia mulai menggali
tanah dengan paruhnya dan kedua
kakinya. Kemudian ia
mengangkatnya dengan paruhnya
dan meletakkannya dengan lembut
dalam kuburan. Lalu ia
menimbunkannya di atas tanah.
Setelah itu, ia terbang di udara dan
kembali berteriak. Si pembunuh
berdiri dan ia mundur untuk meraih
jasad saudara kandungnya dan
kemudian berteriak:
"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku,
mengapa aku tidak mampu berbuat
seperti burung gagak ini, lalu aku
dapat menguburkan saudaraku
ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan kesedihan yang
sangat dalam atas apa yang telah
dilakukannya terhadap saudaranya.
Ia segera menyadari bahawa ia
adalah orang yang paling buruk dan
paling lemah. Ia telah membunuh
orang yang paling utama dan paling
kuat. Anak Nabi Adam berkurang
satu dan iblis berhasil "mencuri"
seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah
tubuh si pembunuh dan ia mulai
menangis dengan keras, lalu ia
menggali kuburan saudara
kandungnya. Ketika mendengar kisah
tersebut Nabi Adam berkata:
"Ini adalah perbuatan syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang menyesatkan lagi
nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi Adam merasakan kesedihan
mendalam atas hilangnya salah satu
anaknya. Salah seorang dari mereka
mad dan yang lain dikuasai oleh
syaitan. Nabi Adam salat untuk
anaknya yang mati, dan kemudian ia
kembali menjalani kehidupannya di
muka bumi. Beliau adalah manusia
yang bekerja dan mengalami
penderitaan. Seorang Nabi yang
menasihati anak-anaknya dan cucu-
cucunya, serta mengajak mereka
untuk menyembah Allah SWT. Beliau
menceritakan kejahatan iblis kepada
mereka, dan meminta kepada
mereka agar berhati-hati darinya.
Beliau menceritakan pengalaman
pribadinya bersama iblis kepada
mereka, dan menceritakan
kehidupannya bersama anaknya
yang tega membunuh saudara
kandungnya sendiri.
Nabi Adam telah menjadi dewasa,
lalu tahun demi tahun datang silih
berganti sehingga anak-anaknya
tersebar di bumi, lalu datanglah
waktu malam di atas bumi. Angin
bertiup sangat kencang. Dan
bergoncanglah daun-daun pohon tua
yang ditanam oleh Nabi Adam, di
mana dahan- dahannya mendekati
danau sehingga buahnya menyentuh
air danau. Dan ketika pohon itu
menjadi tegak setelah berlalunya
angin, air mulai berjatuhan di antara
cabang-cabangnya dan tampak dari
jauh bahawa pohon itu sedang
menarik dirinya (memisahkan diri)
dari air dan menangis. Pohon itu
sedih dan dahan-dahannya
bergoncang. Sementara itu, di langit
tampak bahawa bintang-bintang juga
bergoncang. Cahaya bulan
menerobos kamar Nabi Adam
sehingga cahaya itu menerpa wajah
Nabi Adam. Wajah Nabi Adam
tampak lebih pucat dan lebih muram
dari wajah bulan. Bulan mengetahui
bahawa Nabi Adam akan mati.
Kamar yang sederhana, kamarnya
Nabi Adam. Nabi Adam tertidur
dengan janggutnya yang putih dan
wajahnya yang bersinar di atas
tempat tidur dari dahan-dahan pohon
dan bunga-bunga. Anak-anaknya
semua berdiri di sekelilingnya dan
menunggu wasiatnya. Nabi Adam
berbicara dan memahamkan anak-
anaknya bahawa hanya ada satu
perahu keselamatan bagi manusia,
dan hanya ada satu senjata baginya
yang dapat menenangkannya.
Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT
dan senjata itu adalah kalimat-
kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan anak-
anaknya, bahawa Allah SWT tidak
akan membiarkan manusia sendirian
di muka bumi. Sesungguhnya Dia
akan mengutus para nabi untuk
membimbing mereka dan
menyelamatkan mereka. Para nabi
itu memiliki nama-nama, sifat-sifat,
dan mukjizat- mukjizat yang
berbeza-beza. Tetapi mereka
dipertemukan dengan satu hal, yaitu
mengajak untuk menyembah Allah
SWT semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam
kepada anak-anaknya. Akhirnya,
Nabi Adam menutup kedua matanya,
dan para malaikat memasuki
kamarnya dan mengelilinginya. Had
Nabi Adam tersenyum ketika
mendapatkan kata salam yang
dalam, dan rohnya mencium bau
bunga syurga.