"Aad" adalah nama bapak suatu suku
yang hidup di jazirah Arab di suatu
tempat bernama
"Al-Ahqaf" terletak
di utara Hadramaut antara Yaman
dan Umman
dan termasuk suku yang tertua
sesudah kaum Nabi Nuh serta
terkenal dengan kekuatan jasmani
dalam bentuk tubuh-tubuh yang
besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh
Allah s.w.t. tanah yang subur dengan
sumber-sumber airnya yang mengalir
dari segala penjuru sehinggakan
memudahkan mereka bercocok
tanam untuk bahan makanan
mereka dan memperindah tempat
tinggal mereka dengan kebun-kebun
bunga yang indah-indah. Berkat
kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup
menjadi makmur, sejahtera dan
bahagia serta dalam waktu yang
singkat mereka berkembang biak
dan menjadi suku yang terbesar
diantara suku-suku yang hidup di
sekelilingnya.
Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh
kaum Hud ialah suku Aad ini adalah
penghidupan rohaninya tidak
mengenal Allah Yang Maha Kuasa
Pencipta alam semesta. Mereka
membuat patung-patung yang diberi
nama
" Shamud" dan " Alhattar" dan itu
yang disembah sebagai tuhan
mereka yang menurut kepercayaan
mereka dapat memberi kebahagiaan,
kebaikan dan keuntungan serta
dapat menolak kejahatan, kerugian
dan segala musibah. Ajaran dan
agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah
tidak berbekas dalam hati, jiwa serta
cara hidup mereka sehari-hari.
Kenikmatan hidup yang mereka
sedang tenggelam di dalamnya
berkat tanah yang subur dan
menghasilkan yang melimpah ruah
menurut anggapan mereka adalah
kurniaan dan pemberian kedua
berhala mereka yang mereka
sembah. Karenanya mereka tidak
putus-putus sujud kepada kedua
berhala itu mensyukurinya sambil
memohon perlindungannya dari
segala bahaya dan mushibah berupa
penyakit atau kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari aqidah
yang sesat itu pergaulan hidup
mereka menjadi dikuasai oleh
tuntutan dan pimpinan Iblis
laknatullah, di mana nilai-nilai moral
dan akhlak tidak menjadi dasar
penimbangan atau kelakuan dan
tindak-tanduk seseorang tetapi
kebendaan dan kekuatan lahiriahlah
yang menonjol sehingga timbul
kerusuhan dan tindakan sewenang-
wenang di dalam masyarakat di
mana yang kuat menindas yang
lemah yang besar memperkosa yang
kecil dan yang berkuasa memeras
yang di bawahnya. Sifat-sifat
sombong, congkak, iri-hati, dengki,
hasut dan benci-membenci yang
didorong oleh hawa nafsu merajalela
dan menguasai penghidupan mereka
sehingga tidak memberi tempat
kepada sifat-sifat belas kasihan,
sayang menyayang, jujur, amanat
dan rendah hati. Demikianlah
gambaran masyarakat suku Aad
tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi
Hud sebagai nabi dan rasul kepada
mereka.
Sudah menjadi sunnah Allah s.w.t.
sejak diturunkannya Adam Ke bumi
bahawa dari masa ke semasa jika
hamba-hamba-Nya sudah berada
dalam kehidupan yang sesat sudah
jauh menyimpang dari ajaran-ajaran
agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-
Nya diutuslah seorang Nabi atau
Rasul yang bertugas untuk
menyegarkan kembali ajaran-ajaran
nabi-nabi yang sebelumnya
mengembalikan masyarakat yang
sudah tersesat ke jalanlurus dan
benar dan mencuci bersih jiwa
manusia dari segala tahayul dan
syirik menggantinya dan mengisinya
dengan iman tauhid dan aqidah yang
sesuai dengan fitrah.
Demikianlah maka kepada suku Aad
yang telah dimabukkan oleh
kesejahteraan hidup dan kenikmatan
duniawi sehingga tidak mengenalkan
Tuhannya yang mengurniakan itu
semua. Di utuskan kepada mereka
Nabi Hud seorang daripada suku
mereka sendiri dari keluarga yang
terpandang dan berpengaruh terkenal
sejak kecilnya dengan kelakuan yang
baik budi pekerti yang luhur dan sgt
bijaksana dalam pergaulan dengan
kawan-kawannya. Nabi Hud memulai
dakwahnya dengan menarik
perhatian kaumnya suku Aad kepada
tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t.
yang berupa alam sekeliling mereka
dan bahawa Allah s.w.t. lah yang
mencipta mereka semua dan
mengurniakan mereka dengan segala
kenikmatan hidup yang berupa tanah
yang subur, air yang mengalir serta
tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat.
Dialah yang seharusnya mereka
sembah dan bukan patung-patung
yang mereka perbuat sendiri. Mereka
sebagai manusia adalah makhluk
Tuhan paling mulia yang tidak
sepatutnya merendahkan diri sujud
menyembah batu-batu yang
sewaktunya dapat mereka
hancurkan sendiri dan
memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahawa
dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang
diberi tugas untuk membawa mereka
ke jalan yang benar beriman kepada
Allah s.w.t. yang menciptakan
mereka menghidup dan mematikan
mereka memberi rezeki atau
mencabutnya daripada mereka. Ia
tidak mengharapkan upah dan
menuntut balas jasa atas usahanya
memimpin dan menuntut mereka ke
jalan yang benar. Ia hanya
menjalankan perintah Allah s.w.t. dan
memperingatkan mereka bahawa
jika mereka tetap menutup telinga
dan mata mrk menghadapi ajakan
dan dakwahnya mereka akan
ditimpa azab dan dibinasakan oleh
Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya
atas kaum Nuh yang mati binasa
tenggelam dalam air bah akibat
kecongkakan dan kesombongan
mereka menolak ajaran dan dakwah
Nabi Nuh seraya bertahan pada
pendirian dan kepercayaan mereka
kepada berhala dan patung-patung
yang mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah
Nabi Hud itu merupakan barang yang
tidak pernah mereka dengar ataupun
menduga. Mereka melihat bahawa
ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud
itu akan mengubah sama sekali cara
hidup mereka dan membongkar
peraturan dan adat istiadat yang
telah mereka kenal dan warisi dari
nenek moyang mereka. Mereka
tercengang dan merasa hairan
bahawa seorang dari suku mereka
sendiri telah berani berusaha
merombak tatacara hidup mereka
dan menggantikan agama dan
kepercayaan mereka dengan sesuatu
yang baru yang mereka tidak kenal
dan tidak dapat dimengertikan dan
diterima oleh akal fikiran mereka.
Dengan serta-merta ditolaklah oleh
mereka dakwah Nabi Hud itu dengan
berbagai alasan dan tuduhan kosong
terhadap diri beliau serta ejekan-
ejekan dan hinaan yang diterimanya
dengan kepala dingin dan penuh
kesabaran.
"Wahai Hud! Ajaran dan agama
Berkatalah kaum Aad kepada Nabi
Hud:
apakah yang engkau hendak
anjurkan kepada kami? Engkau ingin
agar kami meninggalkan
persembahan kami kepada tuhan-
tuhan kami yang berkuasa ini dan
menyembah tuhan mu yang tidak
dapat kami jangkau dengan
pancaindera kami dan tuhan yang
menurut kata kamu tidak
bersekutu. Cara persembahan
yang kami lakukan ini ialah yang
telah kami warisi dari nenek
moyang kami dan tidak sesekali
kami tidak akan meninggalkannya
bahkan sebaliknya engkaulah yang
seharusnya kembali kepada aturan
nenek moyangmu dan jangan
mencederai kepercayaan dan
agama mereka dengan memebawa
suatu agama baru yang tidak kenal
oleh mereka dan tentu tidak akan
direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,
"Sesungguhnya Tuhan yang aku
serukan ini kepada kamu untuk
menyembah-Nya walaupun kamu
tidak dapat menjangkau-Nya
dengan pancainderamu namun
kamu dapat melihat dan merasakan
wujudnya dalam diri kamu sendiri
sebagai ciptaanNya dan dalam alam
semesta yang mengelilingimu
beberapa langit dengan matahari
bulan dan bintang-bintangnya bumi
dengan gunung-ganangnya sungai
tumbuh-tumbuhan dan binatang-
binatang yang kesemuanya dapat
bermanfaat bagi kamu sebagai
manusia. Dan menjadi kamu dapat
menikmati kehidupan yang
sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah
yang harus kamu sembah dan
menundukkan kepala kamu kepada-
Nya, Tuhan Yang Maha Esa tiada
bersekutu tidak beranak dan
diperanakan yang walaupun kamu
tidak dpt menjangkau-Nya dengan
pancainderamu, Dia dekat daripada
kamu mengetahui segala gerak-
geri dan tingkah lakumu
mengetahui isi hati mu denyut
jantungmu dan jalan fikiranmu.
Tuhan itulah yang harus disembah
oleh manusia dengan kepercayaan
penuh kepada keesaan-Nya dan
kekuasaan-Nya dan bukan patung-
patung yang kamu perbuat pahat
dan ukir dengan tangan kamu
sendiri kemudian kamu sembah
sebagai tuhan padahal ia suatu
barang yang tidak dapat berbuat
sesuatu yang menguntungkan atau
merugikan kamu. Alangkah
bodohnya dan dangkalnya fikiranmu
jika kamu tetap mempertahankan
agamamu yang sesat itu dan
menolak ajaran dan agama yang
telah diwahyukan kepadaku oleh
Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya,
"Gerangan apakah yang menjadikan
engkau berpandangan dan
berfikiran lain daripada yang sudah
menjadi pegangan hidup kami sejak
dahulu kala dan menjadikan engkau
meninggalkan agama nenek
moyangmu sendiri bahkan sehingga
engkau menghina dan
merendahkan martabat tuhan-
tuhan kami dan memperbodohkan
kami dan menganggap kami berakal
sempit dan berfikiran dangkal?
Engkau mengaku bahawa engkau
terpilih menjadi rasul pesuruh oleh
Tuhanmu untuk membawa agama
dan kepercayaan baru kepada kami
dan mengajak kami keluar dari
jalan yang sesat menurut
pengakuanmu ke jalan yang benar
dan lurus. Kami merasa hairan dan
tidak dapat menerima oleh akal
kami sendiri bahwa engkau telah
dipilih menjadi pesuruh Tuhan.
Apakah kelebihan kamu di atas
seseorang daripada kami, engkau
tidak lebih tidak kurang adalah
seorang manusia biasa seperti
kami hidup makan minum dan tidur
tiada bedanya dengan kami,
mengapa engkau yang dipilih oleh
Tuhanmu? Sungguh engkau
menurut anggapan kami seorang
pendusta besar atau mungkin
engkau berfikiran tidak sihat
terkena kutukan tuhan-tuhan kami
yang selalu engkau ejek hina dan
cemuhkan."
"Wahai kaumku" jawab Nabi Hud,
"Aku bukanlah seorang pendusta
dan fikiran ku tetap waras dan
sihat tidak kurang sesuatu pun dan
ketahuilah bahawa patung-
patungmu yang kamu pertuhankan
itu tidak dapat mendatangkan
sesuatu gangguan atau penyakit
bagi badanku atau fikiranku. Kamu
kenal aku, sejak lama aku hidup di
tengah-tengah kamu bahawa aku
tidak pernah berdusta dan
bercakap bohong dan sepanjang
pergaulanku dengan kamu tidak
pernah terlihat pada diriku tanda-
tanda ketidak wajaran perlakuanku
atau tanda-tanda yang meragukan
kewarasan fikiranku dan
kesempurnaan akalku. Aku adalah
benar pesuruh Allah s.w.t. yang
diberi amanat untuk menyampaikan
wahyu-Nya kepada hamba-hamba-
Nya yang sudah tersesat
kemasukan pengaruh ajaran Iblis
laknatullah dan sudah jauh
menyimpang dari jalan yang benar
yang diajar oleh nabi-nabi yang
terdahulu kerana Allah s.w.t. tidak
akan membiarkan hamba-hamba-
Nya terlalu lama terlantar dalam
kesesatan dan hidup dalam
kegelapan tanpa diutuskan seorang
rasul yang menuntun mereka ke
jalan yang benar dan penghidupan
yang diredhai-Nya. Maka percayalah
kamu kepada ku gunakanlah akal
fikiran kamu berimanlah dan
bersujudlah kepada Allah s.w.t.,
Tuhan seru sekalian alam, Tuhan
yang menciptakan kamu
menciptakan langit dan bumi
menurunkan hujan bagi
menyuburkan tanah ladangmu,
menumbuhkan tumbuhan bagi
meneruskan hidupmu.
Bersembahlah kepada-Nya dan
mohonlah ampun atas segala
perbuatan salah dan tindakan
sesatmu, agar Dia menambah
rezekimu dan kemakmuran
hidupmu dan terhindarlah kamu dari
azab dunia sebagaimana yang telah
dialami oleh kaum Nuh dan kelak
azab di akhirat. Ketahuilah bahawa
kamu akan dibangkitkan kembali
kelak dari kubur kamu dan dimintai
bertanggungjawab atas segala
perbuatan kamu didunia ini dan
diberi ganjaran sesuai dengan
amalanmu yang baik dan soleh
mendapat ganjaran baik dan yang
hina dan buruk akan diganjarkan
dengan api neraka. Aku hanya
menyampaikannya risalah Allah
s.w.t. kepada kamu dan dengan ini
telah memperingati kamu akan
akibat yang akan menimpa kepada
dirimu jika kamu tetap mengingkari
kebenaran dakwahku."
Kaum Aad menjawab: "Kami
bertambah yakin dan tidak ragu lagi
bahawa engkau telah mendapat
kutukan tuhan-tuhan kami sehingga
menyebabkan fikiran kamu kacau
dan akalmu berubah menjadi tidak
siuman. Engkau telah mengucapkan
kata-kata yang tidak masuk akal
bahawa jika kami mengikuti
agamamu, akan bertambah rezeki
dan kemakmuran hidup kami dan
bahawa kami akan dibangkitkan
kembali dari kubur kami dan
menerima segala ganjaran atas
segala amalan kami.Adakah
mungkin kami akan dibangkitkan
kembali dari kubur kami setelah
kami mati dan menjadi tulang. Dan
apakah azab dan seksaan yang
engkau selalu menakutkan kami
dan mengancamkannya kepada
kami? Semua ini kami anggap
kosong dan ancaman kosong
belaka. Ketahuilah bahawa kami
tidak akan menyerah kepadamu
dan mengikuti ajaranmu kerana
bayangan azab dan seksa yang
engkau bayangkannya kepada kami
bahkan kami menentang kepadamu
datangkanlah apa yang engkau
janjikan dan ancaman itu jika
engkau betul-betul benar dalam
kata-katamu dan bukan seorang
pendusta."
"Baiklah" jawab Nabi Hud," Jika kamu
meragukan kebenaran kata-kataku
dan tetap berkeras kepala tidak
menghiraukan dakwahku dan
meninggalkan persembahanmu
kepada berhala-berhala itu maka
tunggulah saat tibanya pembalasan
Tuhan di mana kamu tidak akan
dapat melepaskan diri dari
bencananya. Allah s.w.t. menjadi
saksiku bahawa aku telah
menyampaikan risalah-Nya dengan
sepenuh tenagaku kepada mu dan
akan tetap berusaha sepanjang
hayat kandung badanku memberi
penerangan dan tuntunan kepada
jalan yang baik yang telah digariskan
oleh Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-
Nya."
Pembalasan Allah s.w.t. terhadap
kaum Aad yang kafir dan tetap
membangkang itu diturunkan dalam
dua perinkat. Tahap pertama berupa
kekeringan yang melanda ladang-
ladang dan kebun-kebun mereka,
sehingga menimbulkan kecemasan
dan kegelisahan, kalau-kalau mereka
tidak memperolehi hasil dari ladang-
ladang dan kebun-kebunnya seperti
biasanya. Dalam keadaan demikian
Nabi Hud masih berusaha
meyakinkan mereka bahawa
kekeringan itu adalah suatu
permulaan seksaan dari Allah s.w.t.
yang dijanjikan dan bahawa Allah
s.w.t. masih lagi memberi
kesempatan kepada mereka untuk
sedar akan kesesatan dan kekafiran
mereka dan kembali beriman kepada
Allah s.w.t. dengan meninggalkan
persembahan mereka yang bathil
kemudian bertaubat dan memohon
ampun kepada Allah s.w.t. agar
segera hujan turun kembali dengan
lebatnya dan terhindar mereka dari
bahaya kelaparan yang mengancam.
Akan tetapi mereka tetap belum
mahu percaya dan menganggap janji
Nabi Hud itu adalah janji kosong
belaka. Mereka bahkan pergi
menghadap berhala-berhala mereka
memohon perlindungan dari musibah
yang mereka hadapi.
Tentangan mereka terhadap janji
Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada
Nabi Hud segera mendapat jawapan
dengan datangnya pembalasan tahap
kedua yang dimulai dengan
terlihatnya gumpalan awan dan
mega hitam yang tebal di atas
mereka yang disambutnya dengan
sorak-sorai gembira, kerana dikiranya
bahawa hujan akan segera turun
membasahi ladang-ladang dan
menyirami kebun-kebun mereka
yang sedang mengalami kekeringan.
Melihat sikap kaum Aad yang sedang
bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud
dengan nada mengejek:
"Mega hitam itu bukanlah mega
hitam dan awam rahmat bagi kamu
tetapi mega yang akan membawa
kehancuran kamu sebagai
pembalasan Allah s.w.t. yang telah
ku janjikan dan kamu ternanti-nanti
untuk membuktikan kebenaran
kata-kataku yang selalu kamu
sangkal dan kamu dusta."
Sejurus kemudian menjadi
kenyataanlah apa yang dikatakan
oleh Nabi Hud itu bahawa bukan
hujan yang turun dari awan yang
tebal itu tetapi angin taufan yang
dahsyat dan kencang disertai bunyi
gemuruh yang mencemaskan yang
telah merosakkan bangunan-
bangunan rumah dari dasarnya
membawa berterbangan semua
perabot-perabot dan milik harta
benda dan melempar jauh binatang-
binatang ternak. Keadaan kaum Aad
menjadi panik mereka berlari kesana
sini mencari perlindungan Suami tidak
tahu di mana isterinya berada dan
ibu juga kehilangan anaknya sedang
rumah-rumah menjadi sama rata
dengan tanah. Bencana angin taufan
itu berlangsung selama lapan hari
tujuh malam sehingga sempat
menyampuh bersih kaum Aad yang
congkak itu dan menamatkan
riwayatnya dalam keadaan yang
menyedihkan itu untuk menjadi
pengajaran dan ibrah bagi umat-
umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para
sahabatnya yang beriman telah
mendapat perlindungan Allah s.w.t.
dari bencana yang menimpa
kaumnya yang kacau bilau dan
tenang seraya melihat keadaan
kaumnya yang kacau bilau
mendengar gemuruhnya angin dan
bunyi pohon-pohon dan bangunan-
bangunan yang berjatuhan serta
teriakan dan tangisan orang yang
meminta tolong dan mohon
perlindungan. Setelah keadaan cuaca
kembali tenang dan tanah "Al-Ahqaf "
sudah menjadi sunyi senyap dari
kaum Aad pergilah Nabi Hud
meninggalkan tempatnya berhijrah
ke Hadramaut, di mana ia tinggal
menghabiskan sisa hidupnya sampai
ia wafat dan dimakamkan di sana
dimana hingga sekarang makamnya
yang terletak di atas sebuah bukit di
suatu tempat lebih kurang 50 km dari
kota Siwun dikunjungi para penziarah
yang datang beramai-ramai dari
sekitar daerah itu, terutamanya dan
bulan Syaaban pada setiap tahun.
Selesailah kisah kaum Nabi Nuh
dalam sejarah. Majoriti di antara
mereka yang mendustakan
ajarannya telah dihancurkan oleh
taufan. Sedangkan minoriti antara
mereka dapat kembali
memakmurkan bumi sebagai wujud
dari sunatullah dan janji-Nya:
Sedangkan janji Allah SWT kepada
Nabi Nuh adalah:
"Dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang takwa." (QS.
al-Qashash: 83)
Dan janji Allah SWT juga kepada
Nabi Nuh adalah:
"Difirmankan: 'Hai Nuh, turunlah
dengan selamat dan penuh
keberkatan dari Kami atasmu dan
atas umat-umat (yang beriman)
dari orang-orang yang bersamamu.
Dan ada pula umat-umat yang Kami
beri kesenangan pada mereka
(dalam hehidupan dunia), kemudian
mereka akan ditimpa azab yang
pedih dari Kami. " (QS. Hud: 48)
Berputarlah roda kehidupan dan
datanglah janji Allah SWT. Setelah
datangnya taufan, tiada yang tersisa
dari manusia di muka bumi kecuali
orang-orang yang beriman. Tiada satu
hati yang kafir pun berada di muka
bumi dan syaitan mulai mengeluhkan
pengangguran.
Berlalulah tahun demi tahun, lalu
matilah para orang tua dan anak-
anak, dan datanglah anak dari anak-
anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi
Nuh dan mereka kembali
menyembah berhala. Manusia
menyimpang dari penyembahan
yang semata-mata untuk Allah SWT.
Akhirnya, tipuan kuno berulang
kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh
berkata:
"Kita tidak ingin melupakan
kakek kita yang Allah SWT
selamatkan mereka dari taufan."
Oleh kerana itu, mereka membuat
patung-patung orang-orang yang
selamat itu yang dapat
mengingatkan mereka dengannya.
Dan pengagungan ini semakin
berkembang generasi demi generasi,
namun akhimya penghormatan itu
berubah menjadi penghambaan.
Patung- patung itu berubah - dengan
bisikan syaitan - menjadi tuhan selain
Allah SWT. Dan bumi kembali
mengeluhkan kegelapan. Lalu Allah
SWT rnengutus junjungan kita Nabi
Hud di tengah-tengah kaumnya.
Al-Qur'an menyingkap ceritanya
setelah diutusnya Nabi Hud untuk
membawa agama kepada manusia.
Nabi Hud berasal dari kabilah yang
bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di
suatu tempat yang bernama al-
Ahqaf. la adalah padang pasir yang
dipenuhi dengan gunung-gunung
pasir dan tampak dari puncaknya
lautan. Adapun tempat tinggal
mereka berupa tenda-tenda besar
dan mempunyai tiang-tiang yang
kuat dan tinggi. Kaum 'Ad terkenal
dengan kekuatan fisik di saat itu, dan
mereka juga memiliki tubuh yang
amat tinggi dan tegak sampai-sampai
mereka mengatakan seperti yang
dikutip oleh Al-Qur'an:
"Mereka berkata: 'Siapakah yang
lebih kuat daripada kami.'" (QS.
Fushilat: 15)
Tiada seorang pun di masa itu yang
dapat menandingi kekuatan mereka.
Meskipun mereka memiliki kebesaran
tubuh, namun mereka memiliki akal
yang gelap. Mereka menyembah
berhala dan membelanya bahkan
mereka siap berperang atas
namanya. Mereka malah menuduh
nabi mereka dan mengejeknya.
Selama mereka menganggap
bahawa kekuatan adalah hal yang
patut dibanggakan, maka seharusnya
mereka melihat bahawa Allah SWT
yang menciptakan mereka lebih kuat
dari mereka. Sayangnya, mereka
tidak melihat selain kecongkakan
mereka. Nabi Hud berkata kepada
mereka:
"Wahai kaumku, sembahlah Allah
yang tiada tuhan lain bagi kalian
selain-Nya. " (QS. Hud: 50)
Itu adalah perkataan yang sama
yang diucapkan oleh seluruh nabi dan
rasul. Perkataan tersebut tidak
pernah berubah, tidak pernah
berkurang, dan tidak pernah dicabut
kembali. Kaumnya bertanya
kepadanya:
"Apakah engkau ingin
menjadi pemimpin bagi kami melalui
dakwahmu ini? Imbalan apa yang
engkau inginkan?" Nabi Hud
memberitahu mereka bahawa ia
hanya mengharapkan imbuhan dari
Allah SWT. Ia tidak menginginkan
sesuatu pun dari mereka selain agar
mereka menerangi akal mereka
dengan cahaya kebenaran. Ia
mengingatkan mereka tentang
nikmat Allah SWT terhadap mereka.
Bagaimana Dia menjadikan mereka
sebagai khalifah setelah Nabi Nuh,
bagaimana Dia memberi mereka
kekuatan fisik, bagaimana Dia
menempatkan mereka di bumi yang
penuh dengan kebaikan, bagaimana
Dia mengirim hujan lalu
menghidupkan bumi dengannya.
Kaum Hud membuat kerosakan dan
mengira bahawa mereka orang-
orang yang terkuat di muka bumi,
sehingga mereka menampakkan
kesombongan dan semakin
menentang kebenaran. Mereka
berkata kepada Nabi Hud:
"Bagaimana engkau menuduh tuhan-
tuhan kami yang kami mendapati
ayah-ayah kami menyembahnya?"
Nabi Hud menjawab:
"Sungguh orang
tua kalian telah berbuat kesalahan."
Kaum Nabi Hud berkata:
"Apakah
engkau akan mengatakan wahai Hud
bahawa setelah kami mad dan
menjadi tanah yang beterbangan di
udara, kita akan kembali hidup?"
Nabi
Hud menjawab:
"Kalian akan kembali
pada hari kiamat dan Allah SWT akan
bertanya kepada masing-masing dari
kalian tentang apa yang kalian
lakukan."
Setelah mendengar jawaban itu,
meledaklah tertawa dari mereka.
Alangkah anehnya pengakuan Hud,
demikianlah orang-orang kafir
berbisik di antara mereka. Manusia
akan mati dan ketika mati jasadnya
akan rusak dan ketika jasadnya
rusak ia akan menjadi tanah
kemudian akan dibawa oleh udara
dan tanah itu akan beterbangan, lalu
bagaimana semua ini akan kembali
ke asalnya.
"Kemudian apa
pengertian adanya hari kiamat?
Mengapa orang-orang yang mati
akan bangkit dari kematiannya?"
Hud
menerima pertanyaan-pertanyaan ini
dengan kesabaran yang mulia.
Kemudian ia mulai menerangkan
pada kaumnya keadaan hari kiamat.
Ia menjelaskan kepada mereka
bahawa kepercayaan manusia
kepada hari akhir adalah satu hal
yang penting yang berhubungan
dengan keadilan Allah SWT,
sebagaimana ia juga sesuatu yang
penting yang juga berhubungan
dengan kehidupan manusia.
Nabi Hud menerangkan kepada
mereka sebagaimana apa yang
diterangkan oleh semua nabi
berkenaan dengan hari kiamat.
Sesungguhnya hikmah sang Pencipta
tidak menjadi sempurna dengan
sekadar memulai penciptaan
kemudian berakhirnya kehidupan
para makhluk di muka bumi ini, lalu
setelah itu tidak ada hal yang lain. Ini
adalah masa tenggang yang pertama
dari ujian. Dan ujian tidak selesai
dengan hanya menyerahkan lembar
jawaban. Harus juga disertai dengan
koreksi terhadap lembar jawaban itu,
memberi nilai, dan menjelaskan siapa
yang berhasil dan siapa yang gagal.
Manusia selama hidup di dunia tidak
hanya mempunyai satu tindakan; ada
yang berbuat kelaliman, ada yang
membunuh, dan ada yang
melampaui batas. Seringkali kita
melihat orang-orang lalim pergi
dengan bebas tanpa menjalani
hukuman. Cukup banyak orang-orang
yang jahat namun mereka
mendapatkan fasilitas yang mewah
dan mendapatkan penghormatan
serta kekuasaan. Ke mana orang-
orang yang teraniaya akan mengadu
dan kepada siapa orang-orang yang
menderita akan mengeluh?
Logika keadilan menuntut adanya
hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan
tidak selalu menang dalam
kehidupan, bahkan terkadang
pasukan kejahatan berhasil
membunuh dan memperdaya para
pejuang kebenaran. Lalu, apakah
kejahatan ini berlalu begitu saja
tanpa mendapatkan balasan?
Sungguh suatu kelaliman besar
terhampar seandainya kita
menganggap bahawa hari kiamat
tidak pernah terjadi. Allah SWT telah
mengharamkan kelaliman atas diri-
Nya sendiri, dan Dia pun
mengharamkannya terjadi di antara
hamba-hamba-Nya., maka adanya
hari kiamat, hari perhitungan, hari
pembalasan adalah sebagai bukti
kesempurnaan dari keadilan Allah
SWT. Sebab hari kiamat adalah hari
di mana semua persoalan akan
disingkap kembali di depan sang
Pencipta dan akan di tinjau kembali,
dan Allah SWT akan memutuskan
hukum-Nya di dalam-nya. Inilah
kepentingan pertama tentang hari
kiamat yang berhubungan langsung
dengan keadilan Allah SWT.
Ada kepentingan lain berkenaan
dengan hari kiamat, yang
berhubungan dengan perilaku
manusia sendiri. bahawa keyakinan
dengan adanya hari akhir,
mempercayai hari kebangkitan,
perhitungan amal, penerimaan pahala
dan siksa, dan kemudian masuk
surga atau neraka adalah perkara-
perkara yang langsung berkenaan
dengan perilaku manusia, di mana
konsentrasi manusia dan had mereka
akan tertuju dengan alam lain
setelah alam ini. Oleh kerana itu,
mereka tidak akan terbelenggu oleh
kenikmatan dunia, kerakusan
kepadanya, dan egoisme untuk
menguasinya. Mereka tidak perlu
gelisah saat mereka tidak berhasil
melihat balasan usaha mereka dalam
umur mereka yang pendek dan
terbatas. Dengan demikian, manusia
semakin meninggi dari tanah yang
menjadi asal penciptaannya ke roh
yang ditiupkan oleh Tuhannya.
Barangkali persimpangan jalan antara
tunduk terhadap imajinasi dunia,
nilai-nilainya, dan pertimbangan-
pertimbangannya dan
ketergantungan dengan nilai-nilai
Allah SWT yang tinggi dapat
terwujud dengan adanya keimanan
terhadap hari kiamat. Nabi Hud telah
membicarakan semua ini dan mereka
telah mendengarkannya namun
mereka mendustakannya. Allah SWT
menceritakan sikap kaum itu
terhadap hari kiamat:
"Dan berkatalah pemuka-pemuka
yang kafir di antara kaumnya dan
yang mendustakan pertemuan
dengan hari kiamat (kelak) dan
yang telah Kami mewahkan
mereka dalam kehidupan dunia:
'Orang ini tidak lain hanyalah
manusia seperti kamu, dia, makan
dari apa yang kamu, makan, dan
meminum dari apa yang kamu
minum. Dan sesungguhnya jika
kamu sekalian menaati manusia
yang seperti kamu, niscaya bila
demikian itu, kamu benar-benar
menjadi orang- orang yang merugi.
Apakah ia menjanjikan kepada
kamu sekalian, bahawa bila kamu
telah mati dan telah menjadi tanah
dan tulang belulang, kamu
sesungguhnya akan dikeluarkan
(dari kuburmu)?, jauh, jauh sekali
(dari kebenaran) apa yang
diancamkan kepadamu itu,
kehidupan tidak lain hanyalah
kehidupan kita di dunia ini, kita mati
dan hidup dan sekali-kali tidak akan
dibangkitkan lagi. " (QS. al-
Mu`minun: 33-37)
Demikianlah kaum Nabi Hud
mendustakan nabinya. Mereka
berkata kepadanya:
"Tidak mungkin,
tidak mungkin."
Mereka keheranan
ketika mendengar bahawa Allah SWT
akan membangkitkan orang-orang
yang ada dalam kuburan. Mereka
bingung ketika dibe-ritahu bahawa
Allah SWT akan mengembalikan
penciptaan manusia setelah ia
berubah menjadi tanah, meskipun
Dia telah menciptakannya
sebelumnya juga dari tanah.
Seharusnya para pendusta hari
kebangkitan itu merasa bahawa
mengembalikan penciptaan manusia
dari tanah dan tulang lebih mudah
dari penciptaannya pertama kali.
Bukankah Allah SWT telah
menciptakan semua makhluk, maka
kesulitan apa yang ditemui-Nya
dalam mengembalikannya. Kesulitan
itu disesuaikan dengan tolok ukur
manusia yang tersembunyi dalam
ciptaan., maka tolok ukur manusia
tersebut tidak dapat diterapkan
kepada Allah SWT. kerana Dia tidak
mengenal kesulitan atau kemudahan.
Ketika Dia ingin membuat sesuatu,
maka Dia hanya sekadar
mengeluarkan perintah:
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan
bila Dia berkehendak (untuk
menciptakan) sesuatu, maka
(cukuplah) Dia hanya mengatakan
kepadanya:
"Jadilah."Lalu jadilah
ia." (QS. al-Baqarah: 117)
Kita juga memperhatikan firman-Nya:
"Dan berkatalah pemuka-pemuka
yang kafir di antara kaumnya." (QS.
al-Mu^minun: 33)
Al-Mala' ialah para pembesar (ar-
Ruasa'). Mereka dinamakan al-Mala'
kerana mereka suka berbicara dan
mereka mempunyai kepentingan
dalam kesinambungan situasi yang
tidak sehat. Kita akan menyaksikan
mereka dalam setiap kisah para nabi.
Kita akan melihat para pembesar
kaum, orang-orang kaya di antara
mereka, dan orang-orang elit di
antara mereka yang menentang para
nabi. Allah SWT menggambarkan
mereka dalam firman-Nya:
"Dan yang telah Kami mewahkan
mereka dalam kehidupan dunia.
" (QS. al-Mukminun: 33)
kerana pengaruh kekayaan dan
kemewahan hidup, lahirlah keinginan
untuk meneruskan kepentingan-
kepentingan khusus, dan dari
pengaruh kekayaan dan kekuasaan,
muncullah sikap sombong. Para
pembesar itu menoleh kepada
kaumnya sambil bertanya-tanya:
"Tidakkah nabi ini manusia biasa
seperti kita, ia memakan dari apa
yang kita, makan, dan meminum dari
apa yang kita minum? Bahkan
barangkali kerana kemiskinannya, ia
sedikit, makan dari apa yang kita,
makan dan ia minum, menggunakan
gelas-gelas yang kotor sementara
kita minum dari gelas-gelas yang
terbuat dari emas dan perak., maka
bagaimana ia mengaku berada
dalam kebenaran dan kita dalam
kebatilan? Ini adalah manusia biasa,
maka bagaimana kita menaati
manusia biasa seperti kita?
Kemudian, mengapa Allah SWT
memilih manusia di antara kita untuk
mendapatkan wahyu-Nya?"
Para pembesar kaum Nabi Hud
berkata:
"Bukankah hal yang aneh
ketika Allah SWT memilih manusia
biasa di antara kita untuk menerima
wahyu dari-Nya?"
Nabi Hud balik
bertanya:
"Apa keanehan dalam hal
itu? Sesungguhnya Allah SWT
mencintai kalian dan oleh kerananya
Dia mengutus aku kepada kalian
untuk mengingatkan kalian.
Sesungguhnya perahu Nuh dan kisah
Nuh tidak jauh dari ingatan kalian.
Janganlah kalian melupakan apa
yang telah terjadi. Orang-orang yang
menentang Allah SWT telah
dihancurkan dan begitu juga orang-
orang yang akan mengingkari-Nya
pun akan dihancurkan, sekuat apa
pun mereka."
Para pembesar kaum
berkata:
"Siapakah yang dapat
menghancurkan kami wahai Hud?"
Nabi Hud menjawab:
"Allah SWT."
Orang-orang kafir dari kaum Nabi
Hud berkata:
"Tuhan-tuhan kami akan
menyelamatkan kami." Nabi Hud
memberitahu mereka, bahawa
tuhan- tuhan yang mereka sembah
ini dengan maksud untuk
mendekatkan mereka kepada Allah
SWT pada hakikatnya justru
menjauhkan mereka dari-Nya. Ia
menjelaskan kepada mereka
bahawa hanya Allah SWT yang dapat
menyelamatkan manusia, sedangkan
kekuatan lain di bumi tidak dapat
mendatangkan mudarat dan
manfaat.
Pertarungan antara Nabi Hud dan
kaumnya semakin seru. Dan setiap
kali pertarungan berlanjut dan hari
berlalu, kaum Nabi Hud
meningkatkan kesombongan,
pembangkangan, dan pendustaan
kepada nabi mereka. Mereka mulai
menuduh Nabi Hud sebagai seorang
idiot dan gila. Pada suatu hari mereka
berkata kepadanya: "Sekarang kami
memahami rahasia kegilaanmu.
Sesungguhnya engkau menghina
tuhan kami dan tuhan kami telah
marah kepadamu, dan kerana
kemarahannya engkau menjadi gila."
Allah SWT menceritakan apa yang
mereka katakan dalam firman-Nya:
"Kaum 'Ad berkata: 'Hai Hud, kamu
tidak mendatangkan kepada kami
suatu bukti yang nyata, dan kami
sekali-kali tidak akan meninggalkan
sembahan-sembahan kami kerana
perkataanmu, dan kami sekali-kali
tidak akan mempercayai kamu.
Kami tidak mengatakan melainkan
bahawa sebagian sembahan kami
telah menimpakan penyakit gila
atas dirimu. " (QS. Hud: 53-54)
Sampai pada batas inilah
penyimpangan itu telah terjadi pada
diri mereka, sampai pada batas
bahawa mereka menganggap,
bahawa Nabi Hud telah mengigau
kerana salah satu tuhan mereka
telah murka kepadanya sehingga ia
terkena sesuatu penyakit gila. Nabi
Hud tidak membiarkan anggapan
mereka bahawa ia gila dan
mengigau, naniun ia tidak bersikap
emosi tetapi ia menunjukkan sikap
tegas ketika mereka mengatakan:
"Dan kami sekali-kali tidak akan
meninggalkan sembahan- sembahan
kami kerana perkataanmu, dan kami
sekali-kali tidak akan mempercayai
kamu. "
Setelah tantangan ini tiada lain bagi
Nabi Hud kecuali memberikan
tantangan yang sama. Nabi Hud
hanya pasrah kepada Allah SWT.
Nabi Hud hanya memberikan
peringatan dan ancaman terhadap
orang-orang yang mendustakan
dakwahnya. Nabi Hud berkata:
"Sesungguhnya aku jadikan Allah
sebagai saksiku dan saksikanlah
olehmu bahawa Sesungguhnya aku
berlepas diri dari apa yang kamu
persekutukan dari selain-Nya.
Sebab itu, jalankanlah tipu dayamu
semuanya terhadapku dan
janganlah karnu memberi tangguh
kepadaku. Sesungguhnya aku
bertawakal kepada Allah, Tuhanku
dan Tuhanmu. Tidak ada suatu
binatang melata pun melainkan
Dialah yang memegang ubun-
ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di
atas jalan yang lurus. Jika kamu
berpaling, maka sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepadamu apa
(amanat) yang aku diutus (untuk
menyampaikan)nya kepadamu. Dan
Tuhanku akan mengganti (kamu)
dengan kaum yang lain (dari) kamu;
dan kamu tidak dapat membuat
mudarat kepada-Nya sedikit pun.
Sesungguhnya Tuhanku adalah
Maha Pemelihara segala sesuatu.
" (QS. Hud: 54-57)
Manusia akan merasa keheranan
terhadap perlawanan kepada
kebenaran ini. Seorang lelaki
menghadapi kaum yang kasar dan
keras kepala serta bodoh. Mereka
menganggap bahawa berhala-
berhala dari batu dapat memberikan
gangguan. Manusia sendiri rnampu
menentang para tiran dan
melumpuhkan keyakinan mereka,
serta berlepas diri dari mereka dan
dari tuhan mereka. Bahkan ia siap
menentang mereka dan menghadapi
segala bentuk, makar mereka. Ia pun
siap berperang dengan mereka dan
bertawakal kepada Allah SWT. Allah-
lah yang Maha Kuat dan Maha Benar.
Dia-lah yang menguasai setiap
makhluk di muka bumi, baik berupa
binatang, manusia, maupun makhluk
lain. Tidak ada sesuatu pun yang
dapat melemahkan Allah SWT.
Dengan keimanan kepada Allah SWT
dan dengan kepercayaan pada janji-
Nya serta merasa tenang dengan
pertolongan-Nya, Nabi Hud menyeru
orang-orang kaflr dari kaumnya. Nabi
Hud melakukan yang demikian itu
meskipun ia sendirian dan merasakan
kelemahan kerana ia mendapatkan
keamanan yang hakiki dari Allah
SWT. Dalam pembicaraannya, Nabi
Hud menjelaskan kepada kaumnya
bahawa ia melaksanakan amanat
dan menyampaikan agama. Jika
mereka mengingkari dakwahnya,
niscaya Allah SWT akan mengganti
mereka dengan kaum selain mereka.
Yang demikian ini berarti bahawa
mereka sedang menunggu azab.
Demikianlah Nabi Hud menjelaskan
kepada mereka, bahawa ia berlepas
diri dari mereka dan dari tuhan
mereka. la bertawakal kepada Allah
SWT yang menciptakannya.
Ia mengetahui bahawa siksa akan
turun di antara para pengikutnya
yang menentang. Beginilah hukum
kehidupan di mana Allah SWT
menyiksa orang-orang kafir meskipun
mereka sangat kuat atau sangat
kaya. Nabi Hud dan kaumnya
menunggu janji Allah SWT. Kemudian
terjadilah masa kering di muka bumi
di mana langit tidak lagi menurunkan
hujan. Matahari menyengat sangat
kuat hingga laksana percikan-
percikan api yang menimpa kepala
manusia.
Kaum Nabi Hud segera menuju
kepadanya dan bertanya:
"Mengapa
terjadi kekeringan ini wahai Hud?"
Nabi Hud berkata:
"Sesungguhnya
Allah SWT murka kepada kalian. Jika
kalian beriman, maka Allah SWT
akan rela terhadap kalian dan
menurunkan hujan serta menambah
kekuatan kalian."
Namun kaum Nabi
Hud justru mengejeknya dan malah
semakin menentangnya., maka masa
kekeringan semakin meningkat dan
menguningkan pohon-pohon yang
hijau dan matilah tanaman-tanaman.
Lalu datanglah suatu hari di mana
terdapat awan besar yang
menyelimuti langit. Kaum Nabi Hud
begitu gembira dan mereka keluar
dari rumah mereka sambil berkata:
"Hari ini kita akan dituruni hujan."
Tiba-tiba udara berubah yang tadinya
sangat kering dan panas kini menjadi
sangat dingin. Angin mulai bertiup
dengan kencang. Semua benda
menjadi bergoyang. Angin terus-
menerus bertiup malam demi malam,
dan hari demi hari. Setiap saat rasa
dingin bertambah.
Kaum Nabi Hud mulai berlari. Mereka
segera menuju ke tenda dan
bersembunyi di dalamnya. Angin
semakin bertiup dengan kencang dan
menghancurkan tenda. Angin
menghancurkan pakaian dan
menghancurkan kulit. Setiap kali
angin bertiup, ia menghancurkan dan
membunuh apa saja yang di
depannya. Angin bertiup selama
tujuh malam dan delapan hari
dengan mengancam kehidupan
dunia. Kemudian angin berhenti
dengan izin Tuhannya.
Allah SWT berfirman:
"Maka tatkala mereka melihat azab
itu berupa awan yang menuju ke
lembah-lembah mereka,
berkatalah mereka: 'Inilah awan
yang akan menurunkan hujan
kepada kami.' (Bukan)! Bahkan itulah
azab yang kamu minta supaya
datang dengan segera (yaitu) angin
yang mengandung azab yang pedih,
yang menghancurkan segala
sesuatu dengan perintah
Tuhannya." (QS. al-Ahqaf: 24-25)
"Yang Allah menimpakan angin itu
kepada mereka selama tujuh
malam dan delapan hari terus-
menerus;, maka kamu lihat kaum
'Ad pada waktu itu mati
bergelimpangan seakan-akan
mereka tunggul-tunggul pohon
kurma yang telah kosong (lapuk).
" (QS. al-Haqqah: 7)
Tiada yang tersisa dari kaum Nabi
Hud kecuali pohon-pohon kurma
yang lapuk. Nabi Hud dan orang-
orang yang beriman kepadanya
selamat sedangkan orang-orang yang
menentangnya binasa.
Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud a.s.
Nabi Hud telah memberi contoh dan
sistem yang baik yang patut ditiru
dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli
penerangan agama.Beliau
menghadapi kaumnya yang sombong
dan keras kepala itu dengan penuh
kesabaran, ketabahan dan
kelapangan dada. Ia tidak sesekali
membalas ejekan dan kata-kata
kasar mereka dengan serupa tetapi
menolaknya dengan kata-kata yang
halus yang menunjukkan bahawa
beliau dapat menguasai emosinya
dan tidak sampai kehilangan akal
atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak
gusar ketika kaumnya mengejek
dengan menuduhnya telah menjadi
gila dan sinting. Ia dengan lemah
lembut menolak tuduhan dan ejekan
itu dengan hanya mengata:
"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-
tuhanmu yang kamu sembah tidak
dapat menggangguku atau
mengganggu fikiranku sedikit pun
tetapi aku ini adalah rasul pesuruh
Allah kepadamu dan betul-betul
aku adalah seorang penasihat yang
jujur bagimu menghendaki
kebaikanmu dan kesejahteraan
hidupmu dan agar kamu terhindar
dan selamat dari azab dan seksaan
Allah di dunia mahupun di akhirat."
Dalam berdialog dengan
kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha
mengetuk hati nurani mereka dan
mengajak mereka berfikir secara
rasional, menggunakan akal dan
fikiran yang sihat dengan
memberikan bukti-bukti yang dapat
diterima oleh akal mereka tentang
kebenaran dakwahnya dan
kesesatan jalan mereka namun
hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan
memberinya kepada siapa yang Dia
kehendakinya.
<< Kisah Nabi Hud | Kisah Nabi Ismail >> |